عُكَاشَه ابن مِحْصَنْ
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas,
bahawasanya Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Umat-umat manusia telah ditunjukkan kepadaku.
Ada seorang nabi yang disertai oleh sejumlah besar orang yang mengimaninya.
Ada seorang nabi yang disertai oleh puluhan orang yang mengimaninya.
Ada seorang nabi yang bersama sepuluh orang yang mengimaninya.
Ada seorang nabi yang bersama lima orang yang mengimaninya.
Dan ada pula seorang nabi yang berjalan sendirian,
kerana tidak ada seorang pun yang mengimaninya.
kerana tidak ada seorang pun yang mengimaninya.
Tiba-tiba muncul sebuah rombongan yang besar.
Nabi bertanya, ‘Wahai Jibril, apakah mereka ini umatku?’
Jibril menjawab, ‘Bukan. Tapi lihatlah ke ufuk!’
Nabi melihat ke arah ufuk, ternyata dari sana muncul sebuah rombongan yang lebih besar.
Jibril berkata, ‘Mereka itu adalah umatmu. Di barisan depan mereka
ada 70 000 orang yang masuk Syurga tanpa hisab dan azab.’
Nabi bertanya, ‘Kenapa?’
Jibril menjawab, ‘Kerana mereka dahulu di dunia tidak minta diubati dengan besi yang dipanaskan, tidak minta diruqyah, tidak meyakini adanya kesialan dengan burung tertentu (dan makhluk yang lainnya), dan mereka hanya berserah diri kepada Rabb’. (Syarah bab Tawakkal kitab Riyadh as-Solihin)
Kemudian, dari Abu Hurairah dia berkata,
"Aku mendengar Rasulullah sallallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
'Di antara umatku nanti terdapat 70 000 orang akan masuk Syurga tanpa hisab
dan azab. Wajah mereka bersinar sebagaimana bulan purnama'."
dan azab. Wajah mereka bersinar sebagaimana bulan purnama'."
Abu Hurairah berkata lagi,
"Kemudian 'Ukasyah bin Mihson al-Asadi berdiri sambil berkata,
'Wahai Rasulullah, doakanlah aku kepada Allah agar aku termasuk dalam
kelompok itu (70 000 orang masuk Syurga tanpa hisab dan azab).'
kelompok itu (70 000 orang masuk Syurga tanpa hisab dan azab).'
Rasulullah bersabda, 'Anta minkum! (Engkau termasuk dalam golongan mereka!)”
Kemudian seorang sahabat dari golongan Ansar berkata,
'Ya Rasulullah, doakan aku juga agar termasuk ke dalam rombongan itu juga.'
Nabi Muhammad sallallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Ukasyah telahpun mendahuluimu'."
(HR. Al-Bukhari, 6542; Muslim, 216.)
_________________
"Ya Allah, pilihlah kami agar tergolong dalam 70 000 umat Nabi Muhammad yang memasuki Syurga tanpa hisab dan azab. Allahumma aamiiin"
لَعَلَّكُمْ فِي حِفْظِ الله
ْبَارَكَ اللهُ فِيكُم
No comments:
Post a Comment