Muqaddimah Mengenai Blog "Anak-anak Ustaz".
Blog "Anak-anak Ustaz" adalah Tugasan Projek bagi subjek EDU 3053 PISMP Ambilan Januari 2013. Tugasan penghasilan laman web menggunakan perisian terbuka ini berkaitan dengan topik pengajaran pengkhususan pelajar dan dapat dijadikan bahan bantu mengajar yang berkesan khususnya kepada para guru dan murid-murid.
Fokus utama blog "Anak-anak Ustaz" adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam Sekolah Rendah serta memuatkan pelbagai input-input yang berkaitan dengan bidang perguruan.
Semoga dengan usaha yang sedikit ini menjadi pendorong kepada kita untuk membangunkan peribadi murobbi yang berhikmah dan terus istiqamah dalam menyambung kerja mulia kekasih hati kita, Saiyyidina Rasulillah Muhammad SAW.
ْاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
No comments:
Post a Comment